Thursday, September 14, 2017

SOLD!! #9/9/2017 SUPERBIKE TYRE CHANGER AR2TECH 109 - FAD SMART MOTOWORK JITRA






KUNING BUAT KEDAI ABAM FAD HAPPENING!
*****************************
.
Fad, baru umur 22 tahun. Asal Sungai Korok, Jitra. Negeri Jelapang Padi. Pulun Kedah Pulun.
.
Ketika anak remaja lain seusia dengan beliau sedang seronok lepak cafe hispter, dating dengan awek kat Aman Central. Fad memilih untuk berkawan dengan spanar dan minyak hitam.
.
"Ahh..keja pomen apa barang. Tangan hitam. Baju kotoq" kata seorang remaja rambut hipster sikat tepi sapu pomade secupak. Baru lepas mintak duit mak nak lepak setarbak.
.
Kata kata nista macam tu Fad tak kisah. Fad lebih suka berdikari. Fad remaja yang ada wawasan. Wawasan Fad lebih besar dari Dewan Wawasan dekat Jitra tu.
.
"DIRTY HAND MAKE CLEAN MONEY"
.
Semua pomen pegang kata kata ni.
.
Berkat doa mak ayah. Hari ni Fad dah berjaya bukak bengkel sendiri.
.
☆ FAD SMART MOTORWORK ☆
.
(Fad Smart +60 11-2648 6395)
Lokasi kat Bandar Jitra. Berhampiran Bank Rakyat dan RHB Bank.
.
Ganas betul nama yang Fad pilih. Sesuai dengan jiwa racing beliau. Sebuat saja moto apa. Insha Allah apa penyakit Fad boleh rawat.
.
"Saya buat semua bang dari moto kecik sampai moto besaq" kata Fad dengan loghat Kedah pekat nya. Nasib baik Abam paham sebab sebelum jumpa Fad tadi Abam sempat kunyah padi setangkai dua. Lidah pun dah jadi Kedah. Semua benda nak buh Q kat belakang.. Punggahhhh...
.
Sebab Fad ni spesel sikit. Abam bagi dia mesin yang spesel jugak.
.
Mesin Tyre Changer AR2TECH
Model 109 Kuning DiRaja
Macam moto 125z tu. Nasib baik mesin ni takdak no siri mcm wantupai tu. Kalau tak, harga dia dah jadi harga Yahudi la.
.
Biasanya tyre changer untuk moto kaler merah. Kali ni kita datangkan dengan warna kuning. Sebijik ni saja. Nampak hensem. Bulan depan kita tambah stok.
.
Ok. Last word.
.
Nak repair moto roger Fad Smart +60 11-2648 6395.
.
Nak beli mesin tayar keta moto lori boleh roger Abam Aery Tyre. 016-980 9246.
.
.
Buat remaja lain.
.
.
"Jadilah Macam Fad!"



No comments:

Post a Comment